Semoga roh ayah ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Kami maafkan kesalahan dan kekurangan ayah, kami halalkan makan minum ayah, dan kami sentiasa berdoa supaya ayah tenang di sana.
Damailah ayah, penderitaan ayah dah hilang..
Kami tahu bahawa ayah tahu kami sentiasa sayang ayah, kasih ni takkan hilang sampai bila2. InsyaAllah ayah..
Buat pertama kalinya, Aidilfitri dirai tanpa kelibat ayah. Walaupun perit untuk diterima, kami akan cuba harungi hidup tanpa jasad ayah di sisi. Kami akan tabah, demi ibu.
Kami bangga jadi anak ayah, ayah telah didik anak2 ayah dengan baik. Allah bukan menghukum ayah dengan penyakit tu, tapi Allah pilih ayah sebab Allah tahu ayah memang kuat, ayah tak pernah tinggalkan suruhan Nya. Kami tahu ayah terkilan sebab dapat bersama kami kejap saja di bumi ni, kami apatah lagi. Tapi ayah jangan bimbang, selagi kami masih sihat, kami akan hadiahkan ayah dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan sembahyang lima waktu.
Rumah teramat sunyi tanpa ayah, tapi ayah sentiasa lekat di hati kami ..
Al-Fatihah buat ayah..